KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan yang disyaki menunggang motosikal melawan arus di jejambat Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sehingga menyebabkan kemalangan maut, tampil menyerah diri di Balai Trafik Kajang, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, suspek merupakan peniaga makanan berusia 41 tahun dan menetap di Kajang.
"Siasatan mendapati suspek dalam perjalanan dari Ampang untuk pulang ke rumah di Kajang tapi telah tersesat dan buat keputusan untuk memasuki jejambat Lebuhraya SUKE dengan melawan arus sehingga kemalangan berlaku.
"Akibat pergeseran dengan motosikal mangsa, suspek juga terjatuh dari motosikalnya dan selepas kemalangan terbabit suspek terus pulang ke rumah.
"Suspek hanya mengetahui kes berlaku setelah menonton berita di televisyen dan hebahan di media sosial," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Selain itu, suspek turut membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut.
Mohd Azam berkata, pemeriksaan terhadapi suspek mendapati dia mengalami kecederaan patah di bahagian bahu kanan, patah jari kelingking, luka di bahu kiri dan kaki kanan akibat kemalangan.
"Sehubungan itu, pihak polis merampas motosikal jenis Yamaha dan beberapa barang kes lain.
"Sebanyak enam rakaman percakapan saksi termasuk suspek telah direkodkan dan kedua buah motosikal terlibat akan dihantar ke Puspakom dan Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut," katanya.
Tangkapan, bagaimanapun, kata Mohd Azam, tidak dibuat memandangkan kondisi suspek dalam keadaan cedera parah dan sukar bergerak.
Prosedur lanjut, ujar beliau, akan diambil setelah keadaan suspek kembali stabil
Pada Rabu lalu, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale, maut selepas terjatuh dari jejambat Lebuhraya SUKE berhampiran Ulu Kelang.
Dalam kejadian sekitar jam 1.05 tengah hari itu, motosikal berkuasa tinggi ditunggangi mangsa sedang melalui satu laluan berselekoh sebelum secara tiba-tiba didatangi sebuah motosikal dari arah bertentangan dalam keadaan melawan arus .
Afiezy Azaman
Sat Jun 17 2023
Motosikal suspek yang disyaki menunggang motosikal melawan arus di jejambat Lebuhraya SUKE dirampas oleh polis. - Gambar ihsan PDRM
Lagi barangan penjaja asing disita di Kuala Lumpur
DBKL meneruskan operasi tindakan khas dengan menyita barangan penjaja warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin atau Jalan Silang dan Lebuh Pudu pada Ahad.
Lebih RM141 juta dibelanjakan untuk Bantuan Prihatin Pahang - MB
Kerajaan Pahang telah membelanjakan lebih RM141 juta bagi program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bermula 2020 sehingga kini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Bayi masih bertali pusat ditemui dalam kotak berhampiran Gua Tempurung
Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di sini pada Ahad.
AWANI Ringkas: Forum Ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu
Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.
Putin lantik penasihat ekonomi sebagai Menteri Pertahanan
Presiden Russia, Vladimir Putin menggugurkan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam rombakan Kabinetnya yang sekali gus menyaksikan perubahan besar kepemimpinan tentera selepas lebih dua tahun berlangsung perang Ukraine.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Tindakan itu menyerlahkan ketegangan semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu ketika operasi Israel di bandar sempadan Rafah menguji perjanjian jangka panjang dan kerjasama keselamatan.
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Penunggang motosikal lawan arus di SUKE selesai dirakam percakapan - Polis
Kertas siasatan berhubung kes berkenaan akan dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya Selangor sejurus dilengkapkan.
Lelaki tunggang motosikal lawan arus di Lebuhraya SUKE serah diri - Polis
Sesat di SUKE, suspek bertindak lawan arus dan mengetahui berita kematian mangsa selepas menonton berita di televisyen dan di media sosial.
Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover': 'Reka bentuk lebuh raya SUKE penuhi spesifikasi' - Prolintas
Prolintas menegaskan reka bentuk Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) termasuk di kawasan selekoh jejambat memenuhi spesifikasi.
Kutipan tol di Lebuhraya SUKE bermula tengah malam ini
Kutipan tol akan dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bermula 12.01 tengah malam ini.
Lebuhraya DASH siap sepenuhnya, dibuka dalam masa terdekat
DASH membabitkan tiga plaza tol iaitu Denai Alam, RRIM (Kwasa Damansara) dan Kota Damansara serta 13 persimpangan.
Berhenti ambil gambar di lorong kecemasan, punca kemalangan di Lebuhraya SUKE - Polis
Lorong kecemasan bukan untuk berhenti sesuka hati dan ambil gambar pemandangan!
Tol percuma sebulan bagi pengguna Lebuhraya SUKE - Fadillah
Pengguna boleh menggunakan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Fasa Pertama bermula 12 tengah hari esok.
Lebuhraya SUKE terima dua pengiktirafan Malaysia Book of Records
Pembinaan SUKE yang bermula pada Ogos 2016 membabitkan kos RM5.7 bilion dengan 100 peratus pembiayaan patuh syariah.
Lebuhraya SUKE siap 98 peratus, dijangka terima 80,000 pengguna
SUKE juga bakal menjimatkan masa perjalanan pengguna sehingga 25 minit berbanding jalan sedia ada.
Laluan KM37.2 hingga KM39 MRR2 ditutup 6 bulan bermula esok
Laluan kontra melibatkan lebuh raya di antara Persimpangan Persiaran Mewah dengan Pekan Sungai Besi akan diaktifkan.